//Bissmillahhirahmanirahim//Assalamualaikum
//Jujur aku cakap yang aku dah penat dengan hidup aku sekarang ..
tempat ini tidak lagi menjadi tempat yang tenang bagi aku ..
semuanya serba tidak kena .. entah mengapa ..
apa yang aku lakukan semuanya salah ..
ada saja yang tidak puas hati ..
ada saja yang mahu dimarahinya tentang aku ..
maaf aku bukan macam mereka ..
aku tak mampu menjadi yang baik dan terbaik seperti mereka ..
aku selalu membawa Malang ,
selalu menyusahkan dan selalu membazir ..
aku seorang yang panas baran , tidak dengar kata dan selalu melawan cakap ..
maaf .. aku akan cuba untuk berubah ,,
//Mungkin ini dugaan yang harus aku tempuhi dalam perjalanan
aku untuk mengambil peperiksaan besar ..
makin dekat nak periksa makin banyak aku bermain dengan emosi ..
terlalu banyak hati yang perlu dijaga ..
terlalu banyak kesakitan yang hati aku yang perlu tanggung ,,
//Aku lebih suka menyendiri .. melayan emosi sendiri ..
tertawa sendiri .. menangis sendiri .. di dalam bilik aku sendiri
tapi aku tahu aku tidak sendiri kerana ada Allah yang selalu menemani ..
Ahh sudah la .. biarlah rasa ini aku sendiri yang rasa ,, kerana mereka tidak memahami apa yang aku rasa saat ini ..
Biarlah tangisan ini aku kongsi dengan diri aku sendiri .. kerana diriku lebih mengetahui tentang apa tangisan ini ..
Sudah la .. Senyumlahh kerana masih ada yang masih sayangkan kamu ,, Orang itu ialah ibu kamu ..
Ya ibu saya .. Terima kasih mak kerana selalu menjaga hati saya selama tempoh ini ..
walaupun aku tidak pernah bercerita tentang kesusahan aku padanya ..
kerana aku tidak mahu menambah bebannya yang sudah berat ..
terima kasih emak kerana sanggup bersusah payah mencari duit untuk aku menghantar aku ke pusat tusyen ..
Terima kasih Emak :')
THANKS FOR VISITING, DO COME AGAIN SOON! :D
