Assalammualaikum and Hello readers :)
Sudah menjadi lumrah dunia agaknya
Bila diperlukan bersungguh mencari,bersungguh merayu meminta bantuan
Bila tidak diperlukan di buang bagai kain buruk
Kenapa harus bergitu sikap mereka ?
Mungkin mereka tidak sedar bahawa
Dalam ramai yang menyayangi ramai juga yang membenci
Dalam ramai yang bergembira ramai lagi yang terasa hati
Dua tahun sudah cukup untuk aku memahami sikap mereka
Panas baran mereka,tingkah laku mereka,cara mereka berkata-kata
Sudah aku khatamkan dalam masa sesingkat dua tahun
Sudah lama aku diamkan rasa hati ini
aku diam kan,dan terus diam kan
Aku ikutkan kata-kata mereka
walaupun aku membantah tiada yang mendengar
sampai satu masa aku putus asa
Tiada guna memberi nasihat kepada mereka
mereka masih tidak sedar yang masa hadapan sedang menunggu mereka
Buntu diri ini mencari jalan agar mereka sedar
sedar lah wahai rakan sedar laa
Memang sudah ada yang sudah mula bangkit
memang sudah ada yang sudah mula berubah
tapi masih ramai yang masih berada dalam angan-angan
Bukan bermakna kita di belakang,
kita harus cepat putus asa
bukan bermakna kita di belakang
kita harus membuat endah tidak endah
kita harus buktikan kita juga mampu
mampu melakar kejayaan kita
di masa hadapan
Ayuhlah,marilah dan sedarlah
masa hadapan kita masih tidak jelas
sementara masih ada masa marilah kita cuba untuk membentukkannya
walaupun mungkin tidak akan menjadi
tapi sekurang-kurangnya kita sudah ada 'plan' untuk masa depan kita :)
Let's Wake up and run,
Run to our future !
Let's keep on fighting,
Fighting for our future !
Let's have faith in yourself !
Never give up !
Let's WAKE UP !
THANKS FOR VISITING, DO COME AGAIN SOON! :D
