
Assalammualaikum .. and hi everyone :)
Lately nie ayah selalu ingatkan tentang masa depan ..
yea masa depan aku ..
benda ni dah bermain dalam fikiran aku sejak tiga bulan yang lalu ..
tidak seperti orang lain aku masih lagi belum decide lagi hala tuju selepas spm
ayah cakap masa sekarang nie dah kena fikir apa course yang nak amik nanti
Universiti mana nak masuk, nak mohon politeknik atau tidak, nak masuk form six atau tidak
Ya aku memang ada cita-cita memang ada plan nak amik course apa
tapi .. aku tak yakin .. tak yakin aku boleh dapat .. or boleh bawak course yang aku pilih tu
course yang aku nak pilih mesti laa berkaitan dengan seni .. since aku tak pandai dan bukan budak kelas sains stream .. so maybe agak susah nak buat pilihan
tapi aku memang berminat nak amik course Graphic Designer nii
tapi memikirkan apa yang ayah cakap ..
' Zaman sekarang niee minat memang penting tapi iqa kena fikir jugak peluang kerja .. course yang iqa nak amik tuu senang ke nak dapat kerja nanti ? Boleh ke gaji dari kerja tu tampung hidup iqa suatu hari nanti ? '
yaa kata-kata nie yang membuatkan aku berfikir panjang ..
should i or should i not ?
ayah suruh masuk maktab , jadi cikgu .. since sekarang gaji cikgu pun tinggi ..
cikmas and tokpah pun cakap macam tuu
hhmmmm ...howw ?
patut ke aku mohon maktab ? tapi kalau aku mohon maktab punn aku nak jadi cikgu apa ?
Bi ? Bm ? Seni ? ..dan semestinya bukan matematik mahupun sains .. since aku lemah subjek tuu..
tapi patut ke aku jadi cikgu ? layak ke aku ? mampu ke aku ?
Bagusnya kalau aku dah ada perancangan yang rapi untuk masa depan aku ..
takda la aku buntu macam nie
THANKS FOR VISITING, DO COME AGAIN SOON! :D
